Thursday, 10 November 2011

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

                                        RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata pelajaran               :  Bahasa Melayu
Kelas                              :   Tahun 1 Inovatif
Bilangan pelajar             :   21 orang
Tarikh                             :   2  Nonember 2011
Masa                                :  12.15 -12.45 tengahari
Tajuk                                :  Kata kerja
Hasil pembelajaran          : Pada akhir pembelajaran murid dapat  :  

                                        i ) membina 5 ayat  yang mengandungi kata kerja berdasarkan
                                            kad perkataan.
                                        ii) menyusun  5 keratan perkataan supaya menjadi ayat yang betul 
      
                                        iii)membina 5 ayat berdasarkan perkataan yang diberi pada
                                           lembaran kerja.( Pengayaan )
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran :
                                             i)set induksi – Mempamerkan gambar dan bersoal jawab dengan
                                                 dengan murid.
                                            ii) aktiviti  -memberi penerangan tentang kata kerja.
                                               -membina ayat
                                               -menyusun keratan  perkataan supaya menjadi ayat yang betul.
                                               -membina ayat berdasarkan kata pada lembaran
                                               kerja.
                                          iii)penutup-kesimpulan dan rumusan isi  :
Nilai : bekerjasama,patuh pada arahan,yakin pada diri sendiri,menghormati.
KBKK : Menjana idea,membuat kesimpulan,memahami
Pengetahuan sedia ada murid : murid-murid sudah belajar tentang kata kerja .

Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
Langkah / Isi pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Set induksi
( 5 minit )
-Guru memberi salam kepada semua murid.
-Guru mempamerkan gambar yang menunjukkan aktiviti  yang di lakukan oleh manusia.
-Guru dan murid-murid bersoal jawab tentang gambar.
-Contoh soalan : Apakah yang dilakukan oleh budak ini ?
-Budak itu bagi basuh badan kucing.
-Guru mengaitkan dengan isi pelajaran yang ingin disampaikan pada hari ini iaitu tentang Kata Kerja.


BBM
-gambar
Nilai
-bekerjasama
Langkah 1
(10 minit )
-Guru memberi penerangan kepada murid-murid tentang Kata Kerja.
-Guru menunjukkan 7 kad perkataan yang mengandungi perkataan Kata Kerja kepada murid-murid.
-Murid-murid mengeja Kata Kerja secara kelas.
-Beberapa orang murid mengeja perkataan Kata kerja dan menyebut perkataan tersebut.
-Guru menunjukkan gambar.
Soalan: Apakah kata kerja yang sesuai yang dapat kamu lihat pada gambar ini ?

-Beberapa orang murid dipilih untuk menyatakan kata kerja yang sesuai dengan gambar yang ditunjukkan.
-Murid menyebut kata kerja .


Perkataan

Berus
Cuci
Basuh
Baca

Langkah 3
(12 minit )
-Murid-murid diminta oleh guru untuk membina ayat yang mengandungi kata kerja berdasarkan kad perkataan.
-Beberapa orang murid membina ayat yang mengandungi kata kerja,
-Guru membimbing murid-murid membina ayat  yang mengandungi kata kerja
-Guru mengedarkan lembaran kerja.
-Guru memberi penerangan tentang aktiviti yang akan dijalankan.
-Murid-murid diminta oleh guru supaya menyusun keratan perkataan supaya menjadi ayat yang betul.
-Murid-murid menulis  jawapan yang betul pada lembaran kerja tersebut.
Contoh :
Kuku David potong sedang
David sedang potong kuku.


Yakin
Ketekunan

BBM
Kad perkataan
Lembaran kerja.

Perkataan
Membasuh
Mencuci
Membuang
Bermain

Penutup
(3 minit )
-Guru membuat kesimpulan tentang pelajaran pada hari ini.
-Guru menyoal kembali murid-murid tentang kata kerja bagi mengingat kembali apa yang disampaikan oleh guru


Bekerjasama
menghormati


No comments:

Post a Comment